.Welcome.

Pengikut

Sabtu, 25 September 2010

ngauummm~~~~ seronoknyer bercakar!



Apakah cara pemanasan yang paling mengghairahkan? Apa lagi kalau bukan urutan. Paling bagus anda bergilir-gilir melakukannya. Cubalah urut ke seluruh bahagian tubuh pasangan termasuk bahagian yang paling sensitif. Selain itu jangan lupa oles losyen ataupun minyak aromaterapi.

Cari haruman yang mampu membangkitkan ghairah. Selepas itu pinta suami pula melakukan perkara yang sama buat diri anda. Kalau anda tetap tidak merasa sensasi ghairah seks yang membara, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena!

Apa kata cuba pula teknik cakar harimau yang popular tu.. tapi jaga beb, kalau kuku pasangan panjang jangan cuba cuba suruh dia cakar, koyak kulit nanti.

Ok, ini teknik teknik untuk mencakar.

Langkah
pertama dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

Langkah
kedua pula ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti langkah ketiga dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

Langkah
keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang

Langkah
keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

Langkah
ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

Selepas itu, bisikkan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Aku cinta padamu'.

p/s---> ngauuuummm!!!!! grrrrrr!!

ciuman~~~ phewittt

Satu ciuman sememangnya penting dalam diari hidup seorang wanita. Bahkan anda sendiri tentu suka, jika pasangan anda tahu menggunakan mulutnya, bukan sekadar berkomunikasi malah melakukan aktiviti lain, namun jangan fokus pada bahagian bibir sahaja, sudah tentu membosankan kadang kadang. Kerana ada 4 lagi bahagian tubuh yang mampu membangkitkan rasa sayang, jika dipraktikkan.

Sendi - Bahagian siku dan bahagian dalam lutut sebenarnya memiliki kulit lebih sensitif. Malah ia tempat paling sempurna untuk dicium. Cubalah gosokkan bibir anda dengan lembut dan tahanlah beberapa saat disitu.

Tangan - Mencium bahagian belakang telapak tangan seorang wanita sudah lumrah. Pun begitu bahagian telapak tangan dan jari juga memerlukan perhatian untuk mendapat sentuhan tersendiri dari bibir anda.

Leher - Leher wanita, semestinya menjadi tempat persinggahan kerana ia merupakan bahagian tubuh tubuh wanita yang paling sensitif untuk dicium yang boleh membangkitkan ghairah. Mesti tegak bulu roma.

Telinga - Ciuman dibahagian telinga juga memberi sensasi tersendiri, terutama didaun telinganya. Bisikkan kata kata manis sementara anda menciumnya. Pasti menarik bukan?

Tentu sahaja teknik diatas membuatkan anda rasa lebih relaks dan dihargai, dengan segala sifat kemanjaan yang diberikan dalam bentuk ciuman. apapun ingatlah, bersihkan mulut anda dahulu sebelum melakukan ciuman..hehee oopppsss...