.Welcome.

Pengikut

Isnin, 21 November 2011

Final Malaysia vs Indonesia 2011 sea games | Malaysia vs Indonesia final sukan sea 2011

Malaysia akan turun bagi mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu menentang Indonesia. Rakyat khususnya peminat2 bolasepak Malaysia khususnya, lebih mengharapkan untuk tidak bertemu Indonesia di final acara bolasepak Sukan Sea,namun akhirnya Malaysia sekali lagi akan bertemu Indonesia di pentas final.Bukan gentar akan kekuatan Indonesia tetapi adalah secara psikologinya lebih mudah bertemu Vietnam.
Segalanya telah ditentukan ,jadual perlawanan akhir sudah tertulis Malaysia vs Indonesia ,ianya perlawanan kedua buat kedua2 pasukan dalam Sukan Sea kali ini setelah Malaysia menewaskan Indonesia 1-0 diperingkat kumpulan.
Stadium Gelora Bung Karno pastinya akan dipenuhi ribuan penyokong2 fanatik Indonesia. Mereka pastinya akan cuba mengganggu kosentrasi pemain2 Malaysia, malah sebelum perlawanan bermula Indonesia pastinya akan memulakan perang psikologi terhadap pasukan Malaysia seperti yang berlaku dalam perlawanan akhir Piala Suzuki AFF.
Pentas final kali ini pastinya menjadi medan membalas dendam Indonesia di atas kekalahan kepada Malaysia dalam peringkat kumpulan. Sekali lagi debaran pasti dirasai buat peminat2 bolasepak Malaysia apabila skuad Harimau Muda akan bertemu Indonesia di Stadium Keramat Gelora bung Karno.
Ketiadaan Baddrol kapten pasukan Harimau Muda sedikit menggusarkan kem Kim Swee, namun pastinya ada pengganti yang dapat memikul tanggungjawab berat itu apabila Malaysia vs Indonesia di Final acara bolasepak Sukan Sea.
Jentera serangan Malaysia tiada penggantungan baik Izzaq atau syahrul tetapi izzaq mengalami sedikit kecederaan dan mungkin kecergasan Wan mungkin menjadi sedikit persoalan apabila beliau mengalami kecederaan pada awal permainan semasa bertemu Indonesia tempoh hari…
Benteng terakhir negara yang dikemudi oleh Muslim,Fadhli Shas,Mahali masih lagi kebal tetapi kadang kala mereka melakukan kesilapan2 yang mungkin membawa padah kepada pasukan Malaysia.Jika ini boleh diperbaiki,misi mempertahankan pingat emas pasti menjadi kenyataan.
Penyerang2 Indonesia seharusnya dikekang, seperti mana kita dapat lihat,a pabila Otto dimasukkan pada separuh masa kedua, corak permainan Indonesia banyak berubah dan memberi sedikit tekanan kepada barisan pertahanan kita.
Seharusnya pemain2 Malaysia memberikan tekanan kepada pemain Indonesia setiap kali pemain2 Indonesia memiliki bola dan ini akan menyukarkan mereka merangka permainan bagi menembusi pintu gol Malaysia yang dikawal cemerlang oleh Khairul Fahmi Che Mat.
Barisan pertahanan Indonesia dilihat tidaklah begitu baik, jika setiap peluang diterjemahkan kepada jaringan oleh penyerang2 Malaysia, pastinya Garuda tidak berupaya terbang di sangkarnya sendiri.
Ayuh Malaysia!..mengaumlah di Jakarta, dan tunjukkan tahap permainan yang sebenar dan bersemangat untuk membenam Indonesia di gelanggangnya sendiri.
Jadi mari kita saksikan perlawanan bolasepak final Malaysia vs indonesia isnin 8.00 malam (waktu Malaysia)..semoga pasukan negara akan mencapai kemenangan menentang Indonesia nanti.