.Welcome.

Pengikut

Sabtu, 8 Januari 2011

Bahaya janji manis SUAMI ORANG~~


Berhati-hati dengan segala janji manis lelaki yang sudah beristeri, takut nanti anda pula terjerat dengan penipuan cinta keduanya.

Seperti pasangan yang belum berkahwin, mereka akan berusaha menyakinkan kekasih hati dengan godaan janji manis. Justeru, lelaki yang beristeri sanggup berbuat apa sahaja untuk memujuk rayu cinta keduanya dengan janji manis bagi menjerat wanita kedua yang bertahta di hatinya.

Benar apa yang diungkapkan, setiap bicara kata manis lelaki mampu melenturkan hati kekasihnya. Namun, anda harus berhati-hati dengan janji manis mereka, takut nanti anda dijerat masuk ke lubuk percintaan kali keduanya. Berikut kata-kata manis lelaki yang sudah beristeri untuk memikat wanita kedua yang hadir dalam hidupnya.

“Saya akan menceraikan isteri”

Janji itu seringkali dilafazkan oleh lelaki yang bergelar suami. Adakah janji itu akan ditunaikannya? Sayang sekali, kebanyakannya tidak mahu mengotakan janji. Pelbagai alasan diberi termasuk kes perceraiannya masih di peringkat penyelesaian di Mahkamah Syariah. “Sabar ya… sayang, proses perceraian itu akan selesai tidak lama lagi,” begitulah antara kata-kata manis yang dilontarkan lelaki setiap kali anda menagih janji.

Bercerai bukannya satu perkara yang mudah bagi seorang lelaki. Umumnya, mereka akan memilih untuk kekal dengan perkahwinan pertama berbanding perceraian walaupun kebahagiaan yang dicari selama ini gagal. Apatah lagi, sekiranya lelaki itu telah dianugerahkan cahaya mata.

Ini kerana, lelaki seringkali bimbang kehilangan anak-anak apabila bercerai.

Janji Lelaki

“Saya berjanji akan mengahwini anda”

Ramai daripada kita seringkali tertipu dengan janji-janji sebegini. “Tenang ya… sayang, tidak lama lagi saya akan menikahi anda.” Inilah ucapan berulang kali yang akan dilontarkan lelaki sebagai satu cara untuk menunjukkan keseriusan dan ketaatan kepada anda.

Janji mengahwini kekasih terpaksa dibuat supaya si dia tidak berpaling arah pada cinta lain. Soalnya, bagaimana lelaki itu harus memberikan komitmen kepada anda, sedangkan dia terikat pada komitmen terhadap isteri dan anak-anaknya. Anda perlu menerima hakikat bahawa hanya segelintir lelaki yang benar-benar akan menceraikan isterinya semata-mata untuk menikahi kekasihnya.

“Saya akan bawa anda ke rumah”

Janji itu biasanya dilafazkan sebelum anda mengetahui tipu helahnya bahawa dia adalah hak kepunyaan orang lain. Dia berjanji akan menceraikan isterinya dalam masa terdekat tetapi tidak mungkin itu dapat ditunaikannya. Sekiranya anda bertanya bilakah dia akan menetapkan tarikh perkahwinan, biasanya lelaki itu akan mencipta pelbagai alasan termasuk terlalu sibuk dengan kerjaya. “Saya memerlukan masa yang sesuai” atau “saya semakin sibuk sejak kebelakangan ini,” adalah antara alasan yang kerap bermain di bibirnya.

“Saya pasti datang ke rumah anda”

Bagi lelaki yang beristeri, bertemu dengan kedua-dua ibu bapa kekasihnya akan mengundang risiko yang besar. Pertama, ia menandakan keseriusan hubungan anda dengan dia, sedangkan dia sudah mempunyai komitmen lain. Kedua, dia belum bersedia berhadapan dengan pelbagai pertanyaan yang akan dilontarkan oleh ibu bapa anda. Dia berasa takut apabila statusnya terbongkar. Maka, dia akan menghindari segala perkara yang tidak diingini. Dengan itu, dia akan memberi janji manis untuk bertemu dengan ibu bapa anda, tetapi tidak sedikitpun berniat untuk berjumpa dengan mereka.

“Cuma kamu yang ada di hatiku”

Ucapan ini akan membuatkan anda terawang-awang. Dia tahu bahawa kata-kata seperti itu akan membuatkan perasaan anda cair. Tetapi, sebaiknya jangan mudah percaya dengan kata-kata itu. “Hanya kamu yang ada di hatiku?” Ah, itu satu pembohongan besar. Selain anda, di hatinya masih ada anak-anak dan isterinya. Malah, anda juga perlu tahu, merekalah yang mendapat tempat terbesar di hatinya.

“Aku akan membahagiakanmu”

Kalimat ini hanyalah janji-janji manis untuk dirinya. Dia tidak mampu membahagiakan anda, selain isteri dan anak-anaknya. Bagaimana dia mampu membahagiakan anda, sekiranya keinginan anda tidak mampu ditunaikan. Walaupun dia sering memberi hadiah mahal kepada anda, namun sebenarnya bukan itu yang anda harapkan. Anda menginginkan hubungan yang stabil dan mampu hidup bersamanya. Sayangnya, hal itu tidak mampu ditunaikan atas alasan komitmen lain yang perlu diutamakan.

“Selalu berada di sisi saat memerlukan”

Ini merupakan janji-janji bisa yang seringkali diucapkan lelaki yang beristeri bagi merayu kekasihnya. Padahal, dia tidak mampu memenuhi janji itu. Bagaimana dia boleh menemani anda saat memerlukan, jika anda dan dia hanya bertemu pada waktu bekerja. Ketika anda memerlukan nasihatnya, anda tidak mungkin menghubunginya di rumah atau pada waktu cutinya. Anda mungkin akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar jika menghubunginya ketika itu. Oleh itu, berhati-hati dengan kata-kata manis seorang lelaki, takut nanti anda pula yang terjerat dalam penipuan cinta suami orang.

kenali lelaki kuat SEX... auuww....

Bagi kaum lelaki. keperkasaan diri ialah nilai yang tidak terperi. Justeru, tidak hairanlah mereka akan melenting sekiranya tahap keperkasaan mereka dipersoalkan. Keadaan ini pastinya membuatkan kaum wanita terpaksa mengunci rapat mulut mereka demi menjaga hati pasangan.

Begitupun, bagi wanita yang ingin mengetahui keperkasaan dan spesifikasi seksual lelaki. anda kini boleh mengetahui rahsia tersebut kerana hanya dengan melihat bentuk wajah mereka segalanya pasti terbongkar.

1. Rambut terurai

Kaum lelaki yang berambut terurai adalah seorang individu yang suka berfikir dan artistik dalam hubungan percintaan dan seks. Mereka ialah individu yang serius dalam bercinta. Oleh itu, sekiranya mereka jatuh cinta, dia akan menyerahkan sepenuh cintanya pada wanita yang dicintainya.

2. Kening tebal seolah-olah bertemu di tengah

Lelaki ini digambarkan sebagai sulit untuk menemui keseimbangan dalam kehidupan seksualnya. Karakternya juga dilihat sering berubah-ubah di mana, dia boleh tiba-tiba menjadi terlalu aktif atau sebaliknya. Maka tidak hairanlah sekiranya mereka lebih cenderung pada wanita yang memilki wanita yang bersifat keibuaan yang mampu merawat dan memberi sepenuh perhatian pada mereka.

3. Kening melengkung ke atas

Lelaki yang memiliki fizikal kening seperti ini dikatakan memiliki karaketer dominan sewaktu panas di ranjang. Sebolehnya, mereka ingin menguasai dan menawan pasangan.

4. Bermata besar

Lelaki bermata besar selalunya berfikiran terbuka. Ini berlaku sebaliknya pada mereka yang bermata kecil dan berambut kerinting kerana golongan ini memiliki kehendak dan keinginan seks yang tinggi.

5. Bertelinga dan berkening lebar

Memiliki tahap seksual yang tinggi serta mempunyai daya tahan yang tinggi sewaktu bersama. Ditambah pula dengan fesyen tanpa rambut, lelaki berkepala botak adalash seorang yang keras hati tetapi dalam masa yang sama, dia juga berhati lembut dalam sesetengah situasi.

6. Gemar mewarnakan rambut dan berbibir tipis

Golongan ini gemar mencari perhatian. Namu begitu, dalam masa yang sama dia jarang dapat memuaskan pasangannya sewaktu bersama meskipun ‘telah bekerja keras’.

senyum..... xperlu kata apa-apa~~~


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

” Senyum itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya”. Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.