Dilema, persepsi negatif masyarakat terhadap anak gadis berusia
(andartu)...
kerana bersendirian cuma..usahlah perlekehkan mereka disebabkan
tidak
berumahtangga. Dilema, situasi asing hinggap kepada masyarakat
moden..
memandang materialistik..maka kuranglah kualiti insani dalam mencari
cinta sejati..
Bagaimana gadis mahu berumahtangga andainya kerenah lelaki
memeningkan kepala
lantas kuranglah kualiti dalam diri mereka untuk dijadikan
sandaran mencari
calun suami pilihan...Seandainya berkesudahan hidup ini
keseorangan maka
didiklah diri supaya tidak melihat serta menilai sesuatu
hanya dari segi luaran
kerana cinta suci tidak mengenal paras dan
rupa.....
Mungkin juga ada dikalangan segelintir yang masih berpemikiran kolot serta percaya
dengan mandi bunga dan sebagainya dapat membantu... owhh no....
Seandainya itu juga tiada jodoh, hakikatnya setiap yang ada dan
ujud didunia ini
pasti ada pasangannya. Cuma cepat atau lambat penerimaan itu
terjadi..... jadi fikir-fikirkan dan selamat beramal...
xoxo
mona
Pengikut
Rabu, 16 November 2011
Kalau nak kawen lagi boleh.... tapi???
Firman Allah SWT yang ertinya : “Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bila mana kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah seorang saja atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zalim” An-Nisa 4:3.
Allah SWT membenarkan suami untuk berkahwin lebih daripada satu jika mampu. Kemampuan yang dimaksudkan bukan sekadar harta benda dan seks tetapi melangkau dunia dan akhirat bagi mereka yang faham.Kepada yang sudah dan akan berpoligami :
1. Jangan bandingkan isteri pertama dengan kedua dengan ketiga dan keempat kerana setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri.
2. Jangan abaikan anak-anak yang pasti terkejut apabila mengetahui ayahnya sudah berkongsi kasih sayang. Anak-anak adalah pelaburan kita untuk akhirat kelak sekiranya kita mempu mendidik menjadi anak yang soleh.
3. Jangan sangka harta benda dapat menganti kasih sayang kepada isteri pertama dan anak-anak.
4. Perbaiki komunikasi kerana kegagalan berkomunikasi dengan baik adalah faktor paling utama kegagalan berpoligami.
5. Jadi agama sebagai landasan untuk menyatukan keluarga pertama dan kedua dan ketiga dan keempat.
Kehidupan kita bukan sekadar untuk fikir dunia sahaja tetapi yang paling utama adalah kehidupan di akhirat kelak. Justeru itu setiap tindakan kita perlu diseimbangkan dunia dan akhirat. Kegagalan berlaku adil bermakna kita menzalimi diri kita sendiri yang akan mendatangkan murka Allah SWT.

Langgan:
Catatan (Atom)