Dua hari lepas, aku and the geng yang berada di janda baik dapat ketam batu dari abg naz ang the geng.tiba-tiba aku teringat satu benda. ramai orang kata ketam batu ni islam x boleh makan. HARAM pulak tu hukumnya. pening sudah..... so kami pon masak la ape lagi.. cheff zelmey yang masak, ketam batu masak 3 rasa & masak cili. memang power lah... terbaek tu... sampai segala pengetahuan kolot (ketam baru haram) semua dah kelaut.....
Apa yg ditanya adalah perihal binatang 2 alam. Setakat pencarian saya, tidak terdapat sebrg dalil yg khusus mengatakan binatang 2 alam itu haram di makan. Persoalannya, bagaimana pula hukum ini boleh keluar apatah lagi ia merupakan qaul yg masyhur dalam mazhab syafi’I sepertimana dinukilkan oleh kitab2 an-Nawawi; Imam Rafi’iy dan al-Ghazali. Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab Hanbali.
Mereka yg mengatakan binatang 2 alam ni haram di makan berdasarkan hadis berikut:
Dr Abdur rahman ibn Utsman menerangkan, “Dihadapan Rasulullah saw seorang tabib memepragakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yg dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah saw melarang kita membunuh katak itu.”[HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I]
Hukum ke atas katak ini, kemudian diqiaskan kpd yg hidup sepertimana katak.
Sabdanya lagi, “Airnya,(iaitu laut) menyucikan dan halal bangkainya.”
Hadis di atas merujuk kpd hidupan laut. Adapun binatang 2 alam ini tidak termasuk dalam keterangan di atas kerana mereka juga hidup di darat. Maka berdasarkan firman allah di bawah, mereka membuat kesimpulan bahawa 2 alam itu haram di makan.
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai,…..”[5:3]
Di samping itu terdapat juga beberapa hadis yg menjelaskan ayat di atas iaitu:
Rasulullah saw bersabda, “Dihalalkan utk kita 2 jenis bangkai dan dua jenis darah; ikan dan belalang, hati dan limpa.”
Ulama’ mengqiaskan ikan itu kpd segala jenis hidupan laut yg hanya tinggal di dalam laut/air. Oleh itu, binatang 2 alam tidak termasuk.
Walaupun begitu, perlu kita ketahui bahawa dalam Islam, Bahawa asal setiap sesuatu ciptaan Allah adalah harus. Ia tidak diharamkan melainkan jika ada nash yang sahih lagi sharih (jelas/tegas) dari syari’ yang mengharamkannya. Jika di sana tidak ada nash yang sahih – seperti ada nash tetapi dengan hadis dha’if – atau nash berkenaan sahih tetapi tidak sharih dalam menunjukkan keharamannya, maka hal ini akan kekal atas sifat asalnya sebagai hal yang diharuskan.
Daripada Abi Darda’, Rasulullah saw bersabda, “Apa yang Allah halalkan di dalam KitabNya, maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram. Manakala apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: “Dan Tuhanmu tidak pelupa.”(Maryam: 64) (HR Al-Hakim, dan dia mensahihkannya dan dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).
Maka, berdasarkan dalil yg dipakai oleh mereka yg mengatakan binatang 2 alam itu haram, kita dapati tidak terdapat satupun yg khusus menunjukkan ke arah keharamannya. Dalil yg paling hampir ialah mengenai katak. Ttp berdasarkan kaedah yg telah diutarakan, kalau kita menerima hadis ini menunjukkan keharaman, keharaman itu hanyalah ditujukan kepada katak. Mengqiaskannya kpd semua yg hidup 2 alam itu tidak tepat. Sekiranya kita menerima pendpt haramnya binatang 2 alam, mengapa pula kita boleh memakan ketam/kerang yg pada biasanya dijual di pasar2 dalam keadaan hidup. Bukankah itu membutikan binatang ini mampu hidup di atas darat?
Pendapat yg kuat ialah secara umumnya, binatang 2 alam itu halal. Dia didiamkan syara’. Hanya saja kita perlu ingat, bahawa Islam juga ada menggariskan satu lagi kaedah dalam mengenal pasti halal atau haramnya sesuatu binatang itu, iaitu berdasarkan kpd firman Allah swt:
“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)
“Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; karena sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-An’am: 145)
Dari ayat di atas, illat kpd keharaman bangkai, darah yg megalir, babi adalah kotor(bolded). Berdasarkan illat ini, kita boleh mengqiaskannya kpd apa2 binatang yg mempunyai illat yg sama dgnnya iaitu kotor. Sebagai cth, sekiranya kita melihat sesuatu binatang itu sememangnya kotor dari segi gaya hidup dan seumpamanya, maka ia menjadi haram. Walaupun begitu, kita perlu ingat, kadang2 uruf dari satu tempat ke satu yg lain itu berlainan. Mungkin pada masyarakat m’sia, binatang itu menjijikkan, ttp pada masyarakat China tidak pula.
Quran (16:112-116) meceritakan bagaimana Allah tidak senang dengan mereka-mereka yang mengharamkan benda-benda yang tidak diharamkan. Mengharamkan apa yang tidak disebut dalam al-Quran adalah menokok tambah apa yang Allah tidak kata. Ianya boleh dikatakan cuba lebih memandai daripada Allah. Orang Islam, yang tunduk patuh, memegang hanya kepada ayat-ayat Allah, hanya undang-undang dan tegahan-tegahan daripada Allah, bukan daripada manusia. Allah tidak lupa. Apa yang tidak disebut, sengaja Allah tidak sebut. Allah tidak kehabisan perkataan.
Allah dengan jelas sebut dalam al-Quran apa yang ditegah daripada dimakan. Lihat 2:173, 5:3, 6:145 dan16:115. Daripada ayat-ayat ini kita tahu apa yang boleh dimakan dan apa yang ditegah. Tidak perlu kepada mana badan untuk menokok tambah atau meletak apa-apa tanda.
Hanyalah benda-benda ini yang Dia mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan, dan tidak menderhakai, maka tidaklah berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih. (2:173)
Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah menjelaskan kepada kamu apa yang Dia mengharamkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang mencabul (6:119).
------> Dari mana datangnya apabila kita makan ketam batu hukumnya HARAM?? dah sape yang memandai-mandai menjatuhkan hukum HARAM tu? atau ada pihak yang cuba untuk mengelirukan sesetengah pihak?
Artikel yang baik tapi sebaik-baiknya isu ini terbit dari olahan Mona sendiri. Anyway, satu permulaan yang baik untuk menajamkan minda. Tahniah!
BalasPadamoyeehhh.... semangat berkobar-kobar....
BalasPadamhttp://triples85.blogspot.com/2015/11/hukum-makan-ketam-nipah-ketam-batu.html?m=1
BalasPadamSis. Artikel ni boleh menkonfiuskan ramai org. Ketam batu mmg haram. Sbb haiwan dua alam. Sis boleh tengok dkt website soal jawab mufti. Mmg disahkan haram. Ketam yg dijual di pasar selalunya ialah ketam nipah. Ketam nipah dan kerang yg dijual di pasar hidup2 tu sbb dia fresh lagi. Dorang boleh bertahan sekejap je dkt darat. Sila tgk dri sudut sains. Boleh google. Nk explain kt sini panjang pulak. Pesanan saya, kita patut ambil pengajaran, lain kali bila nk persoalkan sesuatu atau nk post sesuatu, kaji dahulu. Jangan main sebut je sis. Nnti ramai konfius. Mcm mana kalau org yg baca artikel sis ni conclude yg ketam batu halal ? Nnti dorang pun makan. Then sis dh jadi penyebab dorang makan benda halal. Ambil pengajaran :) Boleh delete rasanya artikel ni
BalasPadamSis dh jadi penyebab dorg makan benda haram*
BalasPadamNi la dia orang keliru. Sebab ko nak makan ko pusing keliling pakai dalil. Aihh... ko makan je la bukan orang lain pun yang tanggung dosa pahala ko
BalasPadamketam batu haram sys . yang halal ketam nipah. senang je nak bezakan kaki belakang ketam nipah ni leper. ketam batu haram sbb dia mmg boleh hidup lama didarat . Kalau dah termakan sbb tak tahu takpe sys. ni dah tahu tak boleh makan lagi.
BalasPadamdidiamkan syarak. nak makan, makan la. x yah dok cerita kt orang. bila dok post aku makan benda ni.. jadi kecoh. yg halal pun kalau x kena cara jadi haram
BalasPadam