Saya pasti ramai orang akan mengalami sakit ulser mulut ( mata ikan atau lompangan ) sekurang² sekali dalam hidup. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada 2-3 minggu. Walaupun teramatlah sakit dan pedih ( nak makan pun tak der selera ) ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.
Selalunya tanda² penyakit ini adalah bulat berwarna putih atau sedikit kuning. dan dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah. Rasa sakit terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.
Antara sebab² terjadinya ulser mulut kerana kecederaan di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam atau air yang terlalu panas.
Ada beberapa petua biasa untuk menghilangkan kesakitan akibat ulser mulut antaranya jangan makan makanan yang terlalu pedas, minuman berasid, guna antiseptik untuk berkumur, minum air dengan banyak , letakkan ketulan ais di tempat yang sakit dan letak gel untuk ulser ...
petuanyer:
Cubit sekeping asam keping/ asam gelugor, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit ( macam masak meggie je ni ) bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , Insya Allah berkesan.
amaran:
Petua ini tidak berkesan sekiranya anda menelan asam keping tersebut seperti anda menelan pil penahan sakit!
ne petua dari turun temurun ke copy paste dr org..
BalasPadamsory to say..
xtaw sape yg copy paste..
bz aytnye sbijik2 mcm ne http://www.kujie2.com/pengetahuan-am/ulser-mulut.html..