.Welcome.

Pengikut

Rabu, 12 Januari 2011

Circumcision - Berkhatan




Pukul 8.00 pagi tadi aku bertolak dari Janda Baik ke Taman Seri Gombak bersama adek angkat aku. Niatnya hanya satu, nak berkhatan!

Umurnya sekitar 26 tahun dan seorang muallaf. Sepatutnya beliau sudah pun berumahtangga bulan Disember 2010 tetapi disebabkan kerana tidak dapat cuti dan terutama sekali dia masih belum berkhatan!

Klinik yang telah beliau pergi sangat kecil dan nampak daif tetapi pesakit yang menunggu... mak ai, punyalah ramai...

Rupa-rupanya, bayaran yang dikenakan pada pesakit amat berpatutan. Tahniah Dr Othman Yahaya dari klinik Zaleha.

Video yang dipamerkan diatas adalah kehendak adek angkat aku sendiri serta keizinan dari Dr Othman untuk berkongsi pengalaman masyarakat di luar terutamanya yang bukan berbangsa Melayu dan Islam.

Niatnya hanya satu, "Berkhatan adalah kebersihan"

reff: artikel sebenar "http://uncleseekers.blogspot.com/"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan