.Welcome.

Pengikut

Selasa, 8 Februari 2011

Alahai penatnya wanita~~~~~

…….Coretan kecil MissMona 12:41am Wednesday 9feb2011

Pernah tak korang terfikir kehidupan selepas berkahwin, bermula dengan kehidupan seorang ISTERI dan kehidupan seorang IBU? Siapa yang lebih sibuk? Suami? Isteri? Ayah? Ibu? Jadi sebagai seorang perempuan saya nak cerita pasal ladies aje lah….

Jadi.. sebaik bergelar isteri & ibu, tanggungjawab wanita bertambah berlipat ganda dan berganda berganda dan berganda lagi… mana nak urus rumahtangga, suami, anak-anak lepas tu ditambah pila dengan urusan ‘intim-intim’ ishhh letihlah kan..!

sekadar gambar hiasan

Apabila masalah tempat tidur diungkit, dan keinginan suami tidak dipenuhi mulalah orang perempuan yang disalahkan.kenape ekk? Mungkinkah kaum hawa ni hanya sebagai pemuas nafsu lelaki atau dengan kata lain sebagai pendamping lelaki? Renung-renungkanlah…….

Jom kita bandingkan jadual harian yang simple ni kalau dah bergelar isteri:

PAGI:

wanita selalunya akan bangun awal sekitar jam lima atau enam sebab banyak kerja rumah perlu disettlekan. Contohnye:

-kemas rumah

-basuh baju

-sidai baju

-sarapan

-siapkan anak ke skolah @ hantar

-pastu pegi keje

Lelaki sebaik sedar dari tidur , terus pegi mandi & bersiap-siap, kemudian sarapan dan terus pergi kerja.

PERGI KERJA:

(9 PAGI HINGGA 6 PETANG)

perempuan terpaksa bertungkus lumus siapkan segala kerja yang ada. Kalau x disiapkan, kerja akan bertimbun.dah lah kerja rumah menunggu bila balik nanti. Pening kepala dibuatnya. Lama-lama boleh stress.

Lelaki juga bekerja keras untuk sara family kan. Tapi yang syoknye lelaki ni tak perlu nak fikir hal dekat rumah bila balik nanti.

PETANG:

Perempuan Habis waktu office terus pecut balik rumah sebab nak jemput anak dari sekolah atau nursery. Setibanya di rumah ada kalanya sampai tak sempat tukar baju kerja, si isteri dah mula tanak nasi dekat dapur. Lepas mandi mulalah tergesa-gesa ke dapur pulak untuk sediakan dinner yang telah di-ORDER oleh RAJA & PUTERA, PUTERI… hehee…

Lelaki pula ada yang berseronok mengisi masa petang dengan bersukan… main badminton lah, ping pong, tenis, futsal pon ada. Lepas tu balik rumah mandi, rehat & tunggu untuk dinner.

MALAM:

Selesai saja menjamu selera bersama keluarga…..

Perempuan perlu mengemas dapur. Kalau menonton tv sekalipun , tangan still lagi melipat baju sambil tengok anak-anak buat kerja sekolah. Atau mungkin tengah menggosok baju untuk hari esok. Jam 10 malam kene tidurkan anak sebab esok nak sekolah.

Lelaki pula, bila lepas dinner duduk tergedang tengok tv sambil baca paper. Kadang-kadang ada juga yang suka luangkan masa untuk online.

MASA UNTUK BERSAMA:

Perempuan lazimnya sudah keletihan, mana taknya bayangkanlah non-stop dari pagi dah macam gasing dah. Asal letak kepala aje terus lena…

Lelaki pula kadang-kadang asyik pandai merungut si isteri asik tidur awal dan tak melayan kehendak batin katanya… salah siapa???

p/s-à coretan ini bertujuan untuk kita supaya sama-samalh kita berfikir sejenak okey… daaaaa….. dan bukan bertujuan untuk bandingkan mana-mana pihak sekalipun . harap maklum.salam.

2 ulasan:

  1. hmmm..merungutla macam mana pun..membebel la macam manapun..cakap laaa macam mana pun..begitulah juga rupanya..jadi telan je lah walaupun pahit..huhu

    BalasPadam