.Welcome.

Pengikut

Isnin, 20 September 2010

kekasihku hak orang~~~


Kata orang "berpijaklah dibumi nyata".Sesetengahnya pulak ada yang berkata "cermin diri terlebih dahulu". Itulah antara ayat yang akan kita dengar tatkala seseorang jatuh cinta atau ingin memiliki seseorang.Mungkin perbezaan darjat,pangkat dan kedudukan.Atau ada sebab-sebab lain yang kita tak tahu.

Tapi macamana pula kalau kes...meminati dan jatuh cinta pada tunang orang/suami/isteri orang.Tak ke naya punya kes ni?Ada ke kes gila macam ni.Jawapannya...memang ada manusia yang buta hati...mencintai,meminati dan inginkan dambaan kasih tunang/suami/isteri orang ini.Bagi mereka,kutuk dan makilah...mereka tak peduli.Cakaplah apa yang nak dicakap...masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Mencintai suami orang....boleh dimaafkan kerana fitrah lelaki diizinkan kawin sehingga 4.

Tapi macamana pulak dengan mencintai isteri orang?Mencintai tunang orang?Tunang..mungkin ada yang bagi alasan..."kapal terbang dilangit pun orang rampas dan langgar bangunan...inikanpulak diatas tanah" Masih lagi persoalannya...mencintai isteri orang?

Mengapa harus dikejar sesuatu yang sudah pasti tak mungkin tercapai?Mengapa harus dicari yang haram sedangkan kita masih mampu mencari yang halal?Mengapa harus kita merampas hak orang lain sedangkan kita juga tak mahu hak kita dirampas?Mengapa harus mengejar bayang-bayang yang akhirnya tiada kesudahan?Mengapa harus kusutkan fikiran....mengenangkan seseorang yang memang telah sah tak mampu kita miliki?Dan mengapa mendambakan kasih orang?

Cintai itu anugerah Allah....rahmat Allah....jadi gunakan rahmat itu sebaiknya.Takut rahmat dikurnia hilang kemana....murka Allah yang menjelma.

ps--> tertarik aku dengan artikel nie.. tapi lokasi terpaksa dirahsiakan!

2 ulasan:

  1. my husband (ex) skandal dgn bini org. Kami bercerai. Dan dh lebih setahun ++, masih tak kawen2 lagi dorg sbb ex-MIL x approve lagi biatch tuh. Dorg tunggu ex-MIL ni mati dulu kot?

    Manusia ni ada macam2 jenis.. cuma sejauh mana kita beriman kepada Dia aje yg menyekat daripada sejauh mana kita terjerumus =)

    Entry terbaru ahkak : Eleh, Pap Smear aje punnn (dengan Photo =D )

    BalasPadam
  2. owh... i see.... kepercayaan penting dlm perhubungan....

    BalasPadam