.Welcome.

Pengikut

Isnin, 20 September 2010

Sakit gigi lagiiiiiiiiiii~~~~~~

Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami pada atau sekeliling gigi. Ia sering menjadi penyebab utama orang ramai ke klinik pergigian terutama bagi mereka yang mengabaikan kebersihan mulut.


punca gigi sakit:

Sakit gigi biasanya berpunca daripada:

  • kerosakan gigi (karies gigi)
  • penyakit gusi (penyakit periodontium)
  • gigi sensitif
  • sakit pada sendi rahang
  • sinus tersumbat
  • sakit telinga

Apakah yang boleh terjadi jika gigi yang rosak tidak dirawat?
Jika gigi yang rosak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan:

  • gigi mati
  • gusi bengkak
  • gigi dicabut atau kehilangan gigi
  • kesukaran membuka mulut

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan sakit gigi?
Dapatkan rawatan di klinik pergigian secepat mungkin.
Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:

  • mengambil ubat penahan sakit
  • berkumur-kumur atau gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang berada di celah-celah gigi
  • kebaskan gusi, contoh dengan menghisap ais

Bagaimanakah untuk mencegah sakit gigi?
Anda boleh mencegah sakit gigi dengan:

  • mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik
    • berus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida
    • gunakan flos
  • dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala
  • kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula di antara waktu makan utama.
p/s---> eeeee......... sakit gigi... x suke.... ade lagi gigi yg nk tumbuh upenyer... berdenyut2~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan