Saya boleh liwat isteri saya
Setelah ditanya dari mana dia mendapat idea tersebut, dia menjelaskan, dalam e-mel yang lain, dengan kata-kata berikut:
saya fahami bila saya ada terbaca terjemahan sepotong ayat yang saya ingat bunyi macam ni.... "datangilah kamu kepada isteri kamu dari belakang..."
Tidak syak lagi, maksud perkataan ayat di situ ialah ayat Allah, atau ayat al-Qur'an. Kalau hadis yang dimaksudnya, maka hadislah yang ditulisnya.
Demi Allah! Penjelasan itu adalah dusta semata-mata. Dusta terhadap Allah dan agama-Nya!
Ayat yang dimaksudkan dalam penjelasannya mungkin yang berbunyi,
"Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah (Muhammad), 'Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah memerintahkan kamu.' Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka." (2:222)
Andaikata ayat itu tepat diteka, maka dapat difahamkan bahawa apa yang Allah perintahkan adalah bukan dari belakang, lantas bukan juga liwat!
Atau, sebuah lagi ayat al-Qur'an yang berkaitan, bermaksud,
"Perempuan-perempuan kamu adalah tanaman bagi kamu; maka datangilah tanaman kamu seperti yang kamu mengkehendaki" ( 2:223)
Namun, perkataan dari belakang juga tidak disebut. Selain daripada dua ayat yang baru diturunkan, tidak ada ayat lain bersangkutan dengan penjelasan yang diberi. Justeru itu, sahlah orang tersebut merupakan seorang penipu besar.
Menyentuh sedikit mengenai keinginan. Keinginan lelaki terhadap perempuan dipanggil irbah di dalam al-Qur'an (24:31 - "keinginan seks"). Sementara keinginan lelaki terhadap lelaki lain dipanggil syahwah (jamak syahawat) atau hawa nafsu.
Dengan itu, berkemungkinan tidak salah jika mentafsirkan perbuatan liwat ke atas perempuan jua kepada kehendak hawa nafsu, yang berlainan dengan kehendak seks biasa.
Terdapat lima ayat yang mengandungi perkataan syahwah di dalam al-Qur'an (3:14, 4:27, 7:81, 19:59 dan 27:55) dan tiada satu pun menunjukkan ia suatu perbuatan yang baik. Bolehkah itu dijadikan satu iktibar?
Seterusnya pendusta itu membayangkan suatu benda yang mungkin selalu berlegar di kepalanya. Dia menulis,
Bila saya kahwin lebih dari satu saya boleh lakukan "sex orgy" dengan isteri-isteri saya
Itukah tujuannya berpoligami? Tidakkah Imamnya mengajar, seperti Tuhan mengajar, bahawa:
Tiap-tiap isteri diberi rumah sendiri seperti yang dilakukan oleh Nabi (33:33 dan 65:1). Bermaksud, mereka hidup berasingan, jauh daripada kegiatan orgy. Melainkan si penipu itu seorang pendera yang mampu mengheret seorang atau dua isterinya pergi ke rumah isteri ketiga (kalau dia beristeri tiga) untuk memuaskan keinginan seks dan hawa nafsunya. Kerana difikirkan bahawa isteri-isteri yang sopan lagi beriman tidak akan melakukan kegiatan itu dengan rela.
Sebab dia berkata demikian, setelah ditanya, dicatat seperti di bawah,
dalam Quran tak disebut dengan terang mengenai perkara ini (orgy). Serupa macam "oral sex"-Quran tak sebut tak boleh,
Dia menyamakan orgy denagn oral sex pulak! Lihat bagaimana otaknya bergerak! Dari liwat ke orgy, dari orgy ke oral sex. Tidak mustahil, kerana otak seperti itu, sambil memikirkan orang lain pun menyimpan yang sama, lalu terdengar laungan sumbang daripada orang-orang yang serupa dengannya, berbunyi "Konsert si anu haram!" "Rancangan itu haram!" "Siri ini haram!" dan sebagainya.
Dan makhluk yang menipu tadi didapati berselindung di belakang nama al-Qur'an tanpa patut. Kitab itu tidak menyebut oral sex, katanya. Dia mahukan perkataan itu disebut di dalamnya! Tidakkah cukup dengan kata-kata-Nya berbunyi "maka datangilah tanaman kamu seperti yang kamu mengkehendaki"?
Kerana keterlanjurannya dia tidak sedar bahawa "Sesungguhnya Allah Halus, Menyedari" (22:63). Patutkah pula Allah disifatkannya tidak beradab seperti dia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan