.Welcome.

Pengikut

Rabu, 15 Disember 2010

perlakuan memuaskan nafsu bukan dgn manusia atau ringkasnya Onani. Apakah hukumnya menurut Syarak....?

Frasa "kejahatan nafsu berahi" yang disebut di dalam ayat 3:39 menunjukkan Allah murka akan orang-orang yang tidak dapat mengawal nafsu berahi mereka.

Mungkin tidak silap untuk memasukkan kumpulan orang-orang yang mengamalkan onani ke dalam kategori kejahatan tersebut, walaupun ia (onani) tidak disebut di dalam al-Qur'an dengan jelas.

Baru-baru ini tersiar sebuah berita di akhbar mengenai seorang lelaki tua berumur lebih 70 tahun yang ditangkap kerana disyaki melakukan onani, setelah orang-orang kampung kehilangan beberapa ekor haiwan ternakan mereka. Ketika dia ditangkap, dalam keadaan bogel, terdapat bangkai seekor kambing berhampiran dengan tempat dia ditangkap. Lelaki tua itu seterusnya dilaporkan mempunyai dua orang isteri yang masih hidup.

Itu satu contoh kejahatan yang dilakukan dalam kegiatan onani. Adalah difahamkan lagi, tapi daripada berita yang tidak rasmi, bahawa salah sebuah tempat yang dilanda tsunami 26/12/04 yang lalu telah menjadi syurga bagi orang-orang yang bergiat dalam kegiatan onani. Kalau cerita itu benar, maka alangkah berbahayanya tinggal bersama mereka yang berpenyakit sedemikian rupa.

Justeru, langkah pencegahan harus diambil sebelum berlaku azab akibat banjir onani. Sebaik-baik langkah adalah melalui pendidikan bagi semua lapisan masyrakat. Kerana kami dimaklumkan lagi bahawa di sesetengah kampung di negara kita terdapat orang-orang tua yang menyuruh budak-budak lelaki yang baru dikhatan supaya menguji kebolehan alatnya ke atas haiwan kambing. Mungkin amalan lama itu tidak lagi menjadi suruhan pada hari ini.

Selain daripada mendidik, mereka yang berterusan dalam kesumbangan tersebut harus dihukum. Hukuman mengambil iktibar daripada "mendatangi" pasangan yang tidak diperintah Allah, tetapi bukan zina.

Hukuman yang dimaksudkan adalah bagi orang-orang yang melakukan hubungan sumbang sesama jantina. Setelah didatangkan empat saksi, dan sabit kesalahan, mereka ditahan di dalam rumah-rumah mereka, atau pada hari ini, di penjara. Ayat-ayat yang menjelaskan hukum bagi mereka adalah:

4:15. Dan perempuan-perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan.

4:16. Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya; Sesungguhnya Allah adalah Yang Menerima Taubat, Pengasih.

Bagi orang-orang yang melakukan onani pula, pada hemat kami, hukumannya lebih ringan, walaupun kejahatannya sama, iaitu tidak dapat mengawal nafsu berahi. Pendapat itu berdasarkan kemudaratan yang terbit daripada onani, yang tidak seberat diterbitkan oleh nafsu ke atas sesama jantina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan