Fatwa hukum bunuh oleh seorang ulama meningkat tua terhadap intelek Saudi menyebabkan kemarahan dunia Arab.
Berita seorang ulama yang meningkat tua mengeluarkan fatwa bunuh ke atas dua intelek Saudi tidak memeranjatkan. Hierarki keagamaan di Arab Saudi tidak mempunyai ciri-ciri baik. Cap kempanya ialah fanatisisme, benci perempuan dan gerun orang asing dengan tekanan kuat ke atas keakuran dan faham kuasa mutlak. Seperti Pasitan ia bergerak dengan pantas dalam membentras sebarang tanda pertentangan pendapat atau pemikiran bebas.
Ulama berkenaan Syeikh Abdul-Rahman al-Barrak adalah seorang dihormati ramai. Dia tidak mewakili suara agama kerajaan tetapi aspirasinya dikongsi ramai sarjana negara. Syeikh tersebut meradang atas artikel-artikel di al-Riyadh oleh Yousef Aba al-Khail dan Abdullah bin Bejad al-Otaibi yang mengemukakan alasan bagi tafsir Quran yang lebih berperikemanusiaan dan seimbang.
Artikel-artikel menegaskan bahawa Quran tidak mengecam orang-orang bukan Islam bagai "kafir", tetapi menyifatkan orang-orang Yahudi dan Kristian sebagai "ahli Kitab" dan menggesa orang-orang Islam supaya menghormati agama lain, pengikut-pengikut mereka dan tempat-tempat ibadat. Jauh daripada membenci "Orang Lain", malah Quran menggesa manusia daripada semua anutan biar hidup dengan aman.
Reaksi Syeikh al-Barrak tepat pada fahaman Wahhabi iaitu versi Islam Saudi yang tidak mahu bertolak ansur. "Sesiapa mendakwa ini," gemuruh syeikh, "telah menolak Islam dan patut dibicara untuk ditarik balik. Jika tidak, dia akan dibunuh sebagai seorang murtad daripada agama Islam." Ia, tentu sekali, telah melewati pemahaman syeikh yang arif itu bahawa Quran tidak mengandungi sebarang tanggapan ke atas murtad. Sebaliknya pula, ia mengisytiharkan berbunyi "tidak ada paksaan dalam agama". Manusia bebas menukar agama sebanyak kali mereka suka.
Fatwa tersebut menerbitkan kemarahan dunia Arab. Sekumpulan seratus orang penulis dan aktivis hak asasi manusia, termasuk filasafah Mesir Hassan Hanafi dan ahli akademik Lebanon Radwan al-Sayyed, mengeluarkan penyataan menggambarkan fatwa demikian laksana "terorisme intelektual" dan karya "ulama dari kegelapan". Ulama Saudi melihat "Islam adalah monopoli mereka" the pengikut-pengikut kepercayaan lain sebagai orang-orang yang darah mereka "ditumpahkan sesuka hati", kata penyataan. Ia selanjutnya membayangkan bahawa para ulama sedang "diperbodohkan melalui keangkuhan mereka dan berasa sangat bangga atas kedudukan dalam memikirkan mereka bercakap dengan nama Allah".
Namun, ia dikhuatiri lebih buruk lagi. Quran terdedah kepada beberapa tafsiran. Jika, sekalipun, anda bertegas bahawa tafsiran anda adalah satu-satunya yang betul, Yang Benar, maka anda buat lebih daripada hanya berkata "dengan nama Allah": anda bukan sahaja tahu Yang Benar tetapi Yang Benar itu sendiri. Anda memegang kuasa mutlak Allah. Dengan melabelkan dua orang Islam "kafir", syeikh tersebut mempamerkan kuasa seperti Tuhan. Sesungguhnya dia pergi di mana Quran enggan mendesak; ke dalam alam pertalian peribadi di antara individu dengan Tuhan. Fatwa itu menandakan syeikh mempunyai pengetahuan seperti Tuhan dalam pertalian ini, dan dengan menghukum mati kedua-dua pengarang ia selanjutnya melewati batas-batas Quran. Syeikh tidak memikirkan dia bercakap "dengan nama Allah". Dia sangka dia jelmaan-Nya.
Ulama Saudi beroperasi dengan kuasa-kuasa seperti Tuhan di seluruh negara. Tiada akan bergerak kecuali mereka menghendakinya. Raja Abdullah ingin melibatkan diri dalam dialog dengan agama-agama lain tetapi dia berkeadaan kaku selagi ulama tidak memberi momentum yang diperlukan. Hanya beberapa minggu lalu, Majlis Syura, badan perunding yang dikuasai ulama, menolak cadangan minta mengamal satu undang-undang menggalakkan hormat kepada fahaman lain dan lambang-lambang agama. Sementara usaha untuk memberi status kemanusiaan ke atas perempuan turut menemui kebuntuan.
Arab Saudi adalah pelindung kota-kota suci Mekah dan Medinah. Ia hanya lazim bahawa tanah suci Allah harus diperintah oleh orang-orang yang menganggap diri-diri mereka personifikasi Allah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan